Do you think our services and facilities satisfy your needs?
Untitled Document
Clinic of the Month
Where will I give birth?
visit our Obstetric and Gynaecology clinic @ KBMC. We open daily (except Friday and Public Holiday)
9.am to 5.pm
...............................................
Untitled Document
Untitled Document
NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI BERKENAAN JANGKITAN
KOLERA (TAUN) SEMPENA MUSIM BANJIR
Kementerian
Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa semenjak 22 November 2009,
tiada kes kolera baru dilaporkan di Negeri Terengganu dan bilangan
kes terkumpul kekal 185. Disamping itu, kes-kes cirit-birit yang dilaporkan
turut menunjukkan trend penurunan yang ketara sejak 17 Nov 2009. Daripada
185 kes tersebut, hanya 47 kes masih dirawat di hospital. Pengurangan
ini adalah disebabkan langkah-langkah kawalan yang berkesan telah
diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Walaupun
terdapat pengurangan kes yang ketara, masih terdapat pembawa yang
di kesan dan risiko jangkitan masih lagi wujud di kawasan-kawasan
terbabit. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia
ingin menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan
berikut sempena musim banjir dan cuti Hari Raya Aidil Adha ini.Amalkan
penjagaan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Amalan membasuh
tangan dengan sabun sebelum makan, selepas makan dan selepas keluar
daripada tandas perlulah dijadikan satu amalan. Pastikan persekitaran
tempat tinggal, premis makanan dan pusat pemindahan banjir sentiasa
bersih bagi mengelakkan kedatangan lalat, lipas dan tikus. Lupuskan
sampah dengan betul dan gunakan tandas yang sempurna. Tarik pam
atau curahkan mangkuk tandas selepas menggunakannya.
Masak
makanan dengan sempurna dan makan makanan sebaik-baiknya yang masih
panas. Makanlah buah-buahan yang telah dikupas kulitnya dan dibasuh
dengan air yang bersih. Elakkan makan-makanan yang berisiko tinggi
seperti sayuran yang tidak dimasak dan makanan laut yang tidak dimasak
dengan sempurna.
Minum
air yang dimasak atau air minuman/mineral yang dibotolkan. Gunakan
air yang dibekalkan kerajaan dan elakkan meminum air yang tidak
dirawat seperti air telaga dan air sungai. Elakkan menggunakan air
batu.
Elakkan
mandi dan bermain-main dengan air banjir. Meminum air banjir adalah
ditegah sama sekali.
Orang
ramai digalakkan makan makanan yang dimasak sendiri di rumah. Jika
ingin makan di luar, pilihlah premis makanan yang bersih, mempunyai
bekalan air yang sempurna dan tandas yang bersih. Pastikan makanan
yang dihidangkan adalah bersih dan tidak dihinggapi lalat. Pilih
makanan yang baru dimasak ataupun yang masih panas.
Pemilik
premis makanan juga perlu menggunakan air yang dibekalkan oleh Kerajaan
atau air yang telah diklorinkan, baik untuk tujuan minuman ataupun
membasuh peralatan atau makanan. Elakkan menggunakan salur getah
untuk sambungan paip air. Air untuk minuman mesti dimasak terlebih
dahulu. Masak makanan dengan sempuna, hidangkan makanan semasa ia
masih panas, elakkan menyentuh makanan secara langsung, lindungi
makanan daripada lalat dan sediakan tempat basuh tangan dan sabun
secukupnya.
Jangan
menyedia dan mengendalikan makanan jika tidak sihat terutama yang
mengalami gejala cirit birit.
Perlulah
berwaspada jika ingin mengadakan jamuan seperti kenduri-kendara
atau menyediakan makanan di pusat pemindahan banjir. Semasa menyediakan
makanan, patuhi nasihat-nasihat di atas sepenuhnya. Elakkan menggunakan
air batu dan sentiasa menjaga kebersihan pesekitaran.
Sentiasa
bekerjasama dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dan mengikuti
nasihat yang mereka berikan.
Orang
ramai yang pulang bercuti Hari Raya Aidil Adha, melawat kawasan-kawasan
yang dilanda jangkitan kolera atau kawasan banjir, atau menghuni
pusat pemindahan banjir, dinasihatkan agar sentiasa memantau kesihatan
diri sendiri, dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami cirit-birit