|
1.Setiap individu mempunyai hak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera di fasiliti/ hospital Kota Bharu Medical Centre (KBMC).
2.Setiap pesakit akan dirawat dengan penuh kesopanan dan ketertiban.
3.Setiap pesakit perlu dirawat dengan penuh perhatian, bertimbang rasa, adil, penuh hormat dan kemuliaan.
4.Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan kerahsiaan semasa sesi soal jawab, pemeriksaan dan rawatan oleh staf perubatan.
5.Pesakit perlu memberikan kerjasama semasa sebarang pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan.
6.Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke wad mempunyai hak, bilamana diperlukan, ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya pada setiap masa.
7.Pesakit mempunyai hak untuk memilih pakar perunding sendiri sekiranya diperlukan.
8.Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan pendapat kedua bila diminta.
9.Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat berserta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan, dan keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas beliau.
10.Pesakit perlu disediakan dengan maklumat tentang anggaran kos rawatan, penyiasatan dan prosedur yang bakal dijalankan ke atas beliau.
11.Pesakit yang telah mendapat maklumat lengkap tentang keadaan dirinya mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak rawatan sebagaimana yang dicadangkan kepada beliau.
12.Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan dalam istilah biasa secara jelas, ringkas dan padat untuk sebarang rawatan atau prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang berkemungkinan berlaku, kesan sampingan dan kemungkinan kegagalan.
13.Keizinan pesakit perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes minor, keizinan perlu diperolehi daripada ibu atau bapa atau penjaga yang sah.
14.Semua maklumat pesakit perlu dianggap rahsia dan tidak dibincangkan secara persendirian dengan orang lain selain daripada golongan professional yang terlibat.
15.Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan (nursing care) yang selamat, cekap dan pantas sepanjang berada di fasiliti/ hospital ini (KBMC).
16.Sebarang rungutan/ aduan dari setiap Pesakit wajib didengari dan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
17.Pesakit dan waris wajar diberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan beliau, di samping pendidikan dan kaunseling tentang penjagaan diri, pengambilan ubat, termasuk kesan sampingan yang mungkin ada dan langkah keselamatan yang mungkin diperlukan semasa di hospital dan sebelum keluar wad.
18.Pesakit mempunyai hak kepada persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif di fasiliti/ hospital ini (KBMC).
19.Pesakit berhak untuk mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci dan sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diberikan jika diminta.
20.Pesakit akan disediakan dengan laporan perubatan dalam masa yang munasabah jika diminta oleh pesakit pada kadar bayaran yang berpatutan.
1.Every individual shall have the right to prompt emergency first-aid treatment at our facilities.
2.Every patient will be treated with strict regard to decency.
3.Every patient shall be treated with care, consideration, impartiality, respect and dignity.
4.Every individual shall have the right to privacy during interview, examination and treatment by our medical staff.
5.Patient shall be cooperated during any physical examination or treatment.
6.Children admitted to hospital shall have the right, whenever possible, to have one of their parents or guardians to be with them at all time.
7.A patient shall have the right to choose his/her own consultant whenever possible.
8.A patient shall have the right to get second opinion on request.
9.A patient shall have the right to information about his/her condition, his/her investigation, and the result of the examination and have then explained.
10.A patient would be provided with information on the likely cost of the treatment, investigation and procedure.
11.A patient who has received adequate information about his/her condition shall have the right to accept or refuse treatment recommended to him/ her.
12.A patient shall have the right to a clear, concise explanation in common terms, of any proposed treatment or procedure and its alternatives. Information shall incorporate possible risks, side effect and possible failures.
13.A patient’s informed consent shall be obtained before any procedure is carried out. In the case of a minor, the consent shall be obtained from the parents or the legal guardians.
14.All patient information will be treated as confidential and not discussed with personnel other than those professionally involved.
15.A patient has the right to expect safe, efficient and prompt nursing care while in our facilities.
16.A patient shall have the right to have his/her grievances heard.
17.A patient and his/her relatives shall be given relevant advice, counseling and education about self care, drug administration, including possible side effects and precautions which may be necessary while in hospital and before discharge.
18.A patient has the right to clean, safe and conducive environment in our facilities.
19.A patient shall have a categorized bill on discharge and an explanation if required.
20.A patient would be provided with medical report within reasonable time upon request by the patient and upon payment at a reasonable fee.
Bagi memastikan penjagaan kesihatan dan perhatian dapat diberikan dengan berkesan, pesakit adalahadalah bertanggungjawab untuk:
1.Memberi kerjasama kepada pihak hospital yang dipertanggungjawabkan untuk memberi rawatan kepada beliau.
2.Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang tahap kesihatannya, sekiranya diperlukan oleh pihak hospital, bagi menjamin ketepatan dan keberkesanan rawatan perubatan yang bakal diberikan kepada pesakit. Maklumat yang perlu adalah termasuk mengenai sebarang rawatan perubatan yang sedang dijalani dan diterima dari pengamal perubatan professional yang lain atau dari pengamal perubatan tradisional (sekiranya ada).
3.Pesakit perlu memastikan bahawa dirinya memahami setiap prosedur dan penerangan yang diberikan kepadanya oleh Doktor.
4.Pesakit perlu bersedia menerima semua kemungkinan yang mungkin terjadi daripada keputusan yang diambil oleh dirinya atau waris yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit.
5.Pesakit harus memikul tanggungjawab untuk melunaskan semua kos rawatan yang terlibat dengan seberapa segera.
6.Pesakit perlu menepati setiap temujanji yang diberikan dan memaklumkan kepada pihak hospital jika mempunyai sebarang kesulitan untuk menepatinya.
7.Tidak menyalah-gunakan fasiliti penjagaan kesihatan yang terdapat di premis ini.
8.Menjaga tata susila diri agar tidak mengganggu keselesaan dan hak-hak pesakit lain.
9.Menerima pakai langkah-langkah pencegahan sebagaimana tertakluk dalam perundangan Malaysia.
In return for receiving medical care and attention, the patient is expected to:
1.Cooperate with the health care provider to manage his/her health.
2.Provide complete and accurate information about his/her health, which the healthcare provider may require, so as to assist accurate medical intervention. Such information shall include simultaneous consultations (if any) with other health professionals or provider of traditional medicine.
3.Ensure that he/she understands the procedures and explanations given to him/her by the doctor.
4.Accept all the consequences of the decisions made by himself / herself or his/her appointed nominees.
5.Accept the responsibility of settling all costs incurred promptly.
6.Keep appointments given and to inform relevant parties if unable to do so.
7.Not misuse healthcare facilities.
8.Conduct himself/herself so as not to interfere with the well being and right of fellow patients
9.Accept preventive measures sectioned by the law of Malaysia.
Kami menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang prihatin, sopan, penuh tanggunjawab dan profesional kepada pelanggan kami pada setiap masa.
Kami sentiasa memberikan komitment yang sepenuhnya dan bersedia untuk meningkatkan tahap kecekapan sebarang proses dan servis kami secara berterusan bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan.
We provide caring, courteous, reliable and professional services to our customer at all times.
We are fully committed and over willing to continually improve our processes and services so as to satisfy customer needs and expectations |