........................................................................................................................................................................
Kementerian Kesihatan
Malaysia ingin memaklumkan bahawa semenjak 22 November 2009, tiada
kes kolera baru dilaporkan di Negeri Terengganu dan bilangan kes terkumpul
kekal 185. Disamping itu, kes-kes cirit-birit yang dilaporkan turut
menunjukkan trend penurunan yang ketara sejak 17 Nov 2009. Daripada
185 kes tersebut, hanya 47 kes masih dirawat di hospital. Pengurangan
ini adalah disebabkan langkah-langkah kawalan yang berkesan telah
diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
........................................................................................................................................................................